
Sekurang-kurangnya 16 pasukan akan berentap di Kejohanan Bola Sepak Liga Kelab Sukan Persatuan Cina Cheng Melaka (KSMCA) di Stadium Hang Tuah pada 16 Mei hingga 10 Jun depan. Pengurus penganjur, Leong Hong Seng (bekas pemain kebangsaan) berkata, selain merancakkan kalendar bola sepak tempatan, kejohanan juga bertujuan melahirkan bakat-bakat baru untuk diserapkan dalam pasukan pelapis atau utama Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA). "Kejohanan merebut piala KSMCA 2009 anjuran bersama Perbadanan Stadium Melaka ini juga bertujuan menyediakan platform kepada kelab-kelab bola sepak tempatan berikutan kurangnya aktiviti sukan ini diadakan". "Selain membantu MAFA dalam mengenal pasti pemain yang berpotensi, ia juga menyediakan peluang bertanding yang berstruktur bagi kelab-kelab bola sepak Melaka yang mempunyai barisan pemain berpotensi dan berbakat", ujarnya. Jelasnya, kejohanan hampir sebulan itu akan bermula pada jam 7 malam, manakala perlawanan kedua pada jam 9 malam. "Ia bertujuan memberi peluang kepada semua pemain beraksi bagi mengelakkan tugasan harian mereka terganggu terutamanya mereka yang bekerja di sektor awam dan swasta," katanya. Bagi memeriahkan kejohanan ini, pihak penganjur menyediakan hadiah wang tunai untuk juara RM3000.00 beserta piala dan hadiah iringan, naib juara RM1500.00 beserta hadiahy iringan, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang RM500.00 selain hadiah iringan. Kelab-kelab yang berminat bolehlah menghubungi talian telefon 016 - 326 0101 (Leong), 012 - 683 7729 (Poh), 012 - 657 7912 (Poobathy) dan 019 - 777 5632 (Kumaran). ~artikel diedit semula dari sumber Melaka Hari Ini ( http://www.melakahariini.com.my/)