Wednesday, July 1, 2009

Restoran El Izzat's, Jalan Hang Tuah



Terima kasih diucapkan kepada Restoran 24 jam, El Izzat's kerana telah membenarkan pihak kami menampal iklan dan keputusan perlawanan Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009 untuk tatapan para pelanggan mereka, sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Restoran 24 jam El Izzat's berada di Jalan Hang Tuah, iaitu di hadapan bangunan Kompleks Hang Tuah ( MARA lama ).

Thursday, June 11, 2009

Coretan hari terakhir Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009

Selesai sudah Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009, yang dilihat berjaya menjadi landasan kepada para pemain bola sepak amatur untuk memperagakan aksi serta bakat mereka dalam arena bola sepak.

Pada hari terakhir kejohanan ini, beberapa orang kenamaan hadir bagi memeriahkan lagi majlis yang berlangsung. Antaranya yang hadir adalah Yb. Dato' Kpt (B) Hj Abdul Karim Sulaiman (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri Melaka, Puan Roslina Binti Idrus (Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka), En. Malik (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka), En. Saufi Bin Jaafar (Perbadanan Stadium Melaka) dan Dr. R.Sivarkumar (Jitha Enterprise).

Pada waktu rehat separuh masa pertama, acara menendang bola ke arah gawang gol dari jarak jauh disertai wakil dari setiap pasukan yang bertanding dan penonton. Atas permintaan khas, Puan Roslina selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, juga menyertai acara ini.

Jutaan terima kasih pada penaja-penaja yang telah banyak memberi sumbangan dalam menjayakan Kejohanan Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009. Penaja-penaja tersebut ialah Celcom, CSL, Bansoon Communications dan Jitha Enterprise. Ucapan terima kasih juga diucapkan untuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran kejohanan ini, yang namanya tidak dinyatakan disini.

Persembahan bunga api dimulakan semasa penyampaian hadiah kepada pasukan Jitha FC yang menjuarai kejohanan Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009.

Sila lihat "YouTube" di bahagian bawah blog ini bagi merasai suasana hari pertandingan.
*rakaman video amatur kurang memuaskan, sila utamakan isi kandungan... harap maaf

Jitha FC Juara Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009


Juara bagi kejohanan Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009 dimiliki oleh pasukan Jitha FC, mengalahkan pasukan Pemuda UMNO dengan jaringan 2 berbalas 1. Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat jaringan 1 sama.

Pada keseluruhan masa perlawanan, kedua-dua pasukan ini beraksi pantas tetapi beberapa gerakkan cantik diakhiri dengan hantaran yang tidak sampai kepada rakan sepasukan, percubaan yang tidak menuju kesasaran dan pembacaan gerak permainan rakan sepasukan yang agak lemah, telah merencatkan gerakan memburu gol.

Kesimpulan yang boleh dinyatakan, kualiti perlawanan pada malam ini sepatutnya telah dapat dijelmakan pada peringkat suku akhir lagi. Kehadiran penonton agak memuaskan untuk tahap bola sepak amatur. Penonton juga dilihat terhibur dengan beberapa aksi menarik dari kedua-dua pasukan.

Sebelum penonton disajikan dengan perlawanan akhir antara Pemuda UMNO dan Jitha FC, satu perlawanan persahabatan antara Kelab Media Melaka serta pasukan campuran bekas pemain negeri dan KSMCA Cheng diadakan. Kelibat bekas pemain negeri dan kebangsaan seperti Datuk Soh Chin Aun dapat dilihat. Untuk perlawanan persahabatan ini, kedua-dua pasukan seri dengan 2 jaringan setiap satu.

Monday, June 8, 2009

Jadual perlawanan terakhir Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009

Tarikh : 10/06/2009

Tempat : Stadium Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka

Acara :


*Perlawanan persahabatan bekas-bekas pemain negeri (7.45 petang)


*Perlawanan akhir Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009 (8.45 malam)

Pemuda UMNO lwn Jitha FC


MASUK PERCUMA!!!

Sunday, June 7, 2009

Keputusan perlawanan separuh akhir, 06/06/2009 (Sabtu)

*harap maaf, video amatur kurang memuaskan, sila utamakan isi kandungannya.. Sekiranya ia tersekat-sekat, sila tunggu video ini habis "loading" terlebih dahulu...

Jitha FC 5 KSMCA 0






Pemuda UMNO 6 Hulubalang 1



Thursday, June 4, 2009

Jadual perlawanan separuh akhir pada 06/06/2009 (Sabtu)


Jitha FC lwn KSMCA Cheng (7.30 petang)

Pemuda UMNO lwn Hulubalang FC (9.30 malam)


*Perlawanan di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Hujan dah turun...




Pada perlawanan malam semalam, antara pasukan Hulubalang FC dan Maybank FC, buat pertama kalinya sepanjang kejohanan ini berlangsung, angin kencang telah menerbangkan papan iklan penaja ke dalam padang, diikuti dengan hujan yang mencurah dengan lebatnya. Ini menyebabkan perlawanan terhenti sekurang-kurangnya 8 minit bagi mententeramkan keadaan.

Mujur tiada pemain mahupun sesiapa sahaja yang ada di sekitar padang, tercedera. Perlawanan disambung semula oleh pengadil apabila papan iklan penaja yang diterbangkan angin ke dalam padang sudah dikeluarkan dan hujan mulai sedikit reda.

Keputusan perlawanan pada 03/06/2009 (suku akhir)

*Harap maaf, video amatur kurang memuaskan. Sila utamakan isi kandungannya.

Hulubalang FC 5 Maybank FC 1




Pemuda UMNO 5 Samba K.S 3

Wednesday, June 3, 2009

Jadual perlawanan suku akhir pada 03/06/2009

Hulubalang FC lwn MayBank FC (7.30 petang)

Pemuda UMNO lwn Samba K.S (9.30 malam)


* Semua perlawanan berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Keputusan perlawanan suku akhir pada 02/06/2009

KSMCA Cheng
4 MPKE Salak Tinggi 1



Jitha FC 7 Gajah Berang FC B 0

Tuesday, June 2, 2009

Perlawanan Suku Akhir Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009

Pada malam ini (02/06/2009), akan berlangsungnya perlawanan peringkat suku akhir Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009 di Stadium Hang Tuah, Melaka , antara pasukan :


KSMCA Cheng lwn MPKE Salak Tinggi (7.30 petang)

Jitha FC lwn Gajah Berang FC B (9.30 malam).

Maklumat yang lebih terperinci akan dikemaskini...


* Kepada sesiapa yang mempunyai gambar-gambar yang menarik sepanjang kejohanan ini berlangsung, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya anda sudi berkongsi dengan menghantarnya pada kami.

Sila e-mel kan nama, tempat tinggal, gambar serta keterangan mengenai gambar tersebut. Sekiranya sesuai, ianya akan diterbitkan pada blog ini.

Nama anda juga akan dipaparkan sebagai penyumbang bahan berita. (sila pastikan gambar tersebut telah dikurangkan saiznya dalam lingkungan "345 x 259" pixels ke bawah, agar memudahkan penghantaran melalui e-mel.

Friday, May 29, 2009

Jumlah jaringan terbesar dalam Liga Piala KSMCA 2009

Percayakah anda sejumlah 20 gol terhasil dalam perlawanan antara Jitha FC dan Melaka Polis? Kesemua jumlah itu hanya dijaringkan oleh satu pasukan sahaja, iaitu Jitha FC.

Namun kekuatan dan ketangkasan mereka tidak terlalu dihairankan memandangkan pasukan Jitha FC, rata-ratanya terdiri dari pemain yang berasal dari negara-negara Africa, yang melanjutkan pelajaran di kolej atau universiti di sekitar Kuala Lumpur. Mungkin kelompok pemain ini telah menerima pendedahan yang luas dalam sukan bola sepak berbanding dengan para pemain di Malaysia, terutamanya di kalangan amatur yang kebanyakkannya "muncul bermusim".

Rakyat di Malaysia, khususnya di Melaka harus membudayakan sukan bola sepak dalam kehidupan seharian mereka. Jika dilihat pada waktu ini, di kawasan kampung, sukar untuk melihat belia-belianya bergotong-royong untuk menyelenggara kawasan padang bola. Tiada lagi anak-anak kampung yang masuk ke hutan mencari buluh bagi mendirikan tiang gol. Pihak yang menguruskan aktiviti belia seperti tidak endah dengan kesinambungan "aktiviti sihat" anak-anak kampung. Kebanyakkan "JKKK" hanya menjalankan sesuatu aktiviti apabila "orang besar" turun ke kampung. Sekiranya ada "Yang Berhormat" menganjurkan pertandingan bola sepak, barulah nak ditubuhkan pasukan bola sepak. Habis kejohanan, maka hilanglah bakat-bakat yang mungkin boleh pergi jauh dalam arena bola sepak kebangsaan.

Sesekali ada baiknya penganjur liga amatur bola sepak menjemput pemain mahupun pasukan luar negara untuk memeriahkan lagi pertandingan serta menjadikan penyertaan mereka ini sebagai "kayu pengukur" tahap bola sepak Malaysia.

*Dengar khabar, tiada seorangpun wakil dari Persatuan Bola Sepak Melaka datang menjenguk sepanjang pertandingan ini... APA CERITA???

Keputusan perlawanan pada 29/05/2009


Jitha FC 20 Melaka Polis 0


Medical Melaka 1 Pemuda UMNO 2


Perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 29/05/2009

(Kumpulan D)

Jitha FC Lwn Melaka Polis (7.30 petang)

Medical Melaka lwn Pemuda UMNO (9.30 malam)

*Perlawanan berlangsung di Stadium Hang Tuah

Keputusan perlawanan pada 28/05/2009

( Kumpulan C )

All Star FC 0 MPKE Salak Tinggi 7


Gajah Berang FC A 4 Hulubalang FC 9




*Pasukan Hulubalang FC dan MPKE Salak Tinggi layak ke suku akhir

HUBUNGI CREATIVE SPORTS

Nama:
Alamat e-mail:
Tujuan menghantar e-mail:

create form