Friday, May 29, 2009

Jumlah jaringan terbesar dalam Liga Piala KSMCA 2009

Percayakah anda sejumlah 20 gol terhasil dalam perlawanan antara Jitha FC dan Melaka Polis? Kesemua jumlah itu hanya dijaringkan oleh satu pasukan sahaja, iaitu Jitha FC.

Namun kekuatan dan ketangkasan mereka tidak terlalu dihairankan memandangkan pasukan Jitha FC, rata-ratanya terdiri dari pemain yang berasal dari negara-negara Africa, yang melanjutkan pelajaran di kolej atau universiti di sekitar Kuala Lumpur. Mungkin kelompok pemain ini telah menerima pendedahan yang luas dalam sukan bola sepak berbanding dengan para pemain di Malaysia, terutamanya di kalangan amatur yang kebanyakkannya "muncul bermusim".

Rakyat di Malaysia, khususnya di Melaka harus membudayakan sukan bola sepak dalam kehidupan seharian mereka. Jika dilihat pada waktu ini, di kawasan kampung, sukar untuk melihat belia-belianya bergotong-royong untuk menyelenggara kawasan padang bola. Tiada lagi anak-anak kampung yang masuk ke hutan mencari buluh bagi mendirikan tiang gol. Pihak yang menguruskan aktiviti belia seperti tidak endah dengan kesinambungan "aktiviti sihat" anak-anak kampung. Kebanyakkan "JKKK" hanya menjalankan sesuatu aktiviti apabila "orang besar" turun ke kampung. Sekiranya ada "Yang Berhormat" menganjurkan pertandingan bola sepak, barulah nak ditubuhkan pasukan bola sepak. Habis kejohanan, maka hilanglah bakat-bakat yang mungkin boleh pergi jauh dalam arena bola sepak kebangsaan.

Sesekali ada baiknya penganjur liga amatur bola sepak menjemput pemain mahupun pasukan luar negara untuk memeriahkan lagi pertandingan serta menjadikan penyertaan mereka ini sebagai "kayu pengukur" tahap bola sepak Malaysia.

*Dengar khabar, tiada seorangpun wakil dari Persatuan Bola Sepak Melaka datang menjenguk sepanjang pertandingan ini... APA CERITA???

HUBUNGI CREATIVE SPORTS

Nama:
Alamat e-mail:
Tujuan menghantar e-mail:

create form