Thursday, May 28, 2009

Pasukan Samba K.S layak ke peringkat suku akhir

Tanpa diduga oleh mereka sendiri, pasukan Samba K.S berjaya layak ke peringkat suku akhir pertama, dalam Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009, setelah berada pada kedudukan ke dua dalam kumpulan B, mengalahkan pasukan Pengkalan Minyak dengan jaringan 4 - 2.

Pada separuh masa pertama, Samba K.S dilihat agak kekok dengan hantaran bola yang kurang kemas dan lebih bermain secara "defensif". Dimaklumkan keseluruhan pemain Samba K.S tidak pernah bermain di dalam stadium. Selama ini, mereka cuma bermain atau berlatih di kawasan-kawasan kampung sahaja. Namun, mereka merubah taktik permainan dan dilihat perubahan itu dapat diadaptasikan oleh para pemain.

Menurut pengurus pasukan, mereka menjalani latihan seperti biasa di Tebung, Kuala Sungga, Melaka, tetapi dengan persiapan yang terhad kerana kesuntukan masa untuk mengumpul pemain-pemain bagi menghadapi kejohanan ini. Namun nasib menyebelahi mereka dan taktik yang mereka gunakan kebetulan menjadi serta tepat pada masanya.

HUBUNGI CREATIVE SPORTS

Nama:
Alamat e-mail:
Tujuan menghantar e-mail:

create form