Tuesday, May 26, 2009

Pemain dari negara-negera Afrika dalam Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009 ?

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009 mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Siapa sangka liga anjuran persatuan tempatan negeri Melaka menerima penyertaan dari kelab yang keseluruhan anggotanya adalah berasal dari negara-negara Afrika?...

Mereka ini kebanyakkannya adalah terdiri daripada pelajar-pelajar kolej dan universiti di Kuala Lumpur, yang mewakili kelab Jitha FC (Jitha Enterprise), yang juga merupakan salah satu penaja kejohanan ini. Lebih membanggakan lagi, ada antara mereka boleh berbahasa Melayu, walaupun tidak berapa lancar.

Diharapkan pada masa hadapan, penyertaan pemain yang berasal dari negara luar adalah berterusan dan mempunyai kesinambungan pada setiap kejohanan yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan tempatan negeri Melaka. Dengan penyertaan mereka pada kejohanan kali ini, menjadi satu titik tolak kepada pemain-pemain bola sepak dari negara luar, agar menyertai liga tempatan negeri Melaka. Para pemain amatur negeri Melaka juga mendapat satu pendedahan corak pemainan pemain luar negara, sekaligus dapat membantu meningkatkan mutu bola sepak negeri Melaka.
Jika keadaan ini dapat direalisasikan, Melaka bukan sahaja boleh menjadi sebagai pusat pelancongan serantau yang terulung, malahan boleh juga menjadi sebuah negeri yang menawarkan produk "pelancongan sukan" pada masyarakat luar.


Leong Hong Seng (bekas pemain kebangsaan) bergambar bersama salah seorang anggota pasukan Jitha FC.



"Striker" Jitha FC, Oguama Stanley Ugochukwu, boleh berbahasa Melayu "sikit-sikit".

HUBUNGI CREATIVE SPORTS

Nama:
Alamat e-mail:
Tujuan menghantar e-mail:

create form