Thursday, June 11, 2009

Coretan hari terakhir Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009

Selesai sudah Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009, yang dilihat berjaya menjadi landasan kepada para pemain bola sepak amatur untuk memperagakan aksi serta bakat mereka dalam arena bola sepak.

Pada hari terakhir kejohanan ini, beberapa orang kenamaan hadir bagi memeriahkan lagi majlis yang berlangsung. Antaranya yang hadir adalah Yb. Dato' Kpt (B) Hj Abdul Karim Sulaiman (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri Melaka, Puan Roslina Binti Idrus (Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka), En. Malik (Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka), En. Saufi Bin Jaafar (Perbadanan Stadium Melaka) dan Dr. R.Sivarkumar (Jitha Enterprise).

Pada waktu rehat separuh masa pertama, acara menendang bola ke arah gawang gol dari jarak jauh disertai wakil dari setiap pasukan yang bertanding dan penonton. Atas permintaan khas, Puan Roslina selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, juga menyertai acara ini.

Jutaan terima kasih pada penaja-penaja yang telah banyak memberi sumbangan dalam menjayakan Kejohanan Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009. Penaja-penaja tersebut ialah Celcom, CSL, Bansoon Communications dan Jitha Enterprise. Ucapan terima kasih juga diucapkan untuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran kejohanan ini, yang namanya tidak dinyatakan disini.

Persembahan bunga api dimulakan semasa penyampaian hadiah kepada pasukan Jitha FC yang menjuarai kejohanan Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009.

Sila lihat "YouTube" di bahagian bawah blog ini bagi merasai suasana hari pertandingan.
*rakaman video amatur kurang memuaskan, sila utamakan isi kandungan... harap maaf

HUBUNGI CREATIVE SPORTS

Nama:
Alamat e-mail:
Tujuan menghantar e-mail:

create form