Thursday, June 11, 2009

Jitha FC Juara Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009


Juara bagi kejohanan Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009 dimiliki oleh pasukan Jitha FC, mengalahkan pasukan Pemuda UMNO dengan jaringan 2 berbalas 1. Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat jaringan 1 sama.

Pada keseluruhan masa perlawanan, kedua-dua pasukan ini beraksi pantas tetapi beberapa gerakkan cantik diakhiri dengan hantaran yang tidak sampai kepada rakan sepasukan, percubaan yang tidak menuju kesasaran dan pembacaan gerak permainan rakan sepasukan yang agak lemah, telah merencatkan gerakan memburu gol.

Kesimpulan yang boleh dinyatakan, kualiti perlawanan pada malam ini sepatutnya telah dapat dijelmakan pada peringkat suku akhir lagi. Kehadiran penonton agak memuaskan untuk tahap bola sepak amatur. Penonton juga dilihat terhibur dengan beberapa aksi menarik dari kedua-dua pasukan.

Sebelum penonton disajikan dengan perlawanan akhir antara Pemuda UMNO dan Jitha FC, satu perlawanan persahabatan antara Kelab Media Melaka serta pasukan campuran bekas pemain negeri dan KSMCA Cheng diadakan. Kelibat bekas pemain negeri dan kebangsaan seperti Datuk Soh Chin Aun dapat dilihat. Untuk perlawanan persahabatan ini, kedua-dua pasukan seri dengan 2 jaringan setiap satu.

HUBUNGI CREATIVE SPORTS

Nama:
Alamat e-mail:
Tujuan menghantar e-mail:

create form