Tanpa diduga oleh mereka sendiri, pasukan Samba K.S berjaya layak ke peringkat suku akhir pertama, dalam Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009, setelah berada pada kedudukan ke dua dalam kumpulan B, mengalahkan pasukan Pengkalan Minyak dengan jaringan 4 - 2.
Pada separuh masa pertama, Samba K.S dilihat agak kekok dengan hantaran bola yang kurang kemas dan lebih bermain secara "defensif". Dimaklumkan keseluruhan pemain Samba K.S tidak pernah bermain di dalam stadium. Selama ini, mereka cuma bermain atau berlatih di kawasan-kawasan kampung sahaja. Namun, mereka merubah taktik permainan dan dilihat perubahan itu dapat diadaptasikan oleh para pemain.
Menurut pengurus pasukan, mereka menjalani latihan seperti biasa di Tebung, Kuala Sungga, Melaka, tetapi dengan persiapan yang terhad kerana kesuntukan masa untuk mengumpul pemain-pemain bagi menghadapi kejohanan ini. Namun nasib menyebelahi mereka dan taktik yang mereka gunakan kebetulan menjadi serta tepat pada masanya.
Thursday, May 28, 2009
Wednesday, May 27, 2009
Perlawanan Kumpulan B (27/05/2009)
Muhibbah FC lwn Gajah Berang FC B (7.30 petang)
Pengkalan Minyak lwn Samba K.S (9.30 malam)
*Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Hang Tuah.
Tuesday, May 26, 2009
Pemain dari negara-negera Afrika dalam Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009 ?
Kejohanan Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009 mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Siapa sangka liga anjuran persatuan tempatan negeri Melaka menerima penyertaan dari kelab yang keseluruhan anggotanya adalah berasal dari negara-negara Afrika?...
Mereka ini kebanyakkannya adalah terdiri daripada pelajar-pelajar kolej dan universiti di Kuala Lumpur, yang mewakili kelab Jitha FC (Jitha Enterprise), yang juga merupakan salah satu penaja kejohanan ini. Lebih membanggakan lagi, ada antara mereka boleh berbahasa Melayu, walaupun tidak berapa lancar.
Diharapkan pada masa hadapan, penyertaan pemain yang berasal dari negara luar adalah berterusan dan mempunyai kesinambungan pada setiap kejohanan yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan tempatan negeri Melaka. Dengan penyertaan mereka pada kejohanan kali ini, menjadi satu titik tolak kepada pemain-pemain bola sepak dari negara luar, agar menyertai liga tempatan negeri Melaka. Para pemain amatur negeri Melaka juga mendapat satu pendedahan corak pemainan pemain luar negara, sekaligus dapat membantu meningkatkan mutu bola sepak negeri Melaka. Jika keadaan ini dapat direalisasikan, Melaka bukan sahaja boleh menjadi sebagai pusat pelancongan serantau yang terulung, malahan boleh juga menjadi sebuah negeri yang menawarkan produk "pelancongan sukan" pada masyarakat luar.

Leong Hong Seng (bekas pemain kebangsaan) bergambar bersama salah seorang anggota pasukan Jitha FC.
"Striker" Jitha FC, Oguama Stanley Ugochukwu, boleh berbahasa Melayu "sikit-sikit".
Perlawanan Kumpulan A (26/05/2009)
OM Sakti Tampin
lwn Maybank FC (7.30 petang)
KSMCA Cheng lwn Cempaka FC (9.30 malam)Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Monday, May 25, 2009
Keputusan perlawanan kumpulan D (24/05/2009)
Sunday, May 24, 2009
Jadual perlawanan kumpulan D (24/05/2009)
Medical Melaka lwn Jitha FC (7.30 petang)
Pemuda UMNO lwn Melaka Polis (9.30 malam)
*Semua perlawanan berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Pemuda UMNO lwn Melaka Polis (9.30 malam)
*Semua perlawanan berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Saturday, May 23, 2009
Jadual perlawanan kumpulan C (23/05/2009)
Hulubalang FC lwn All Star FC ( 7.15 petang )
MPKE Salak Tinggi lwn Gajah Berang FC A ( 9.15 malam )
Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Keputusan perlawanan pada 22/05/2009
Samba K S 7 Muhibbah FC 2
Gajah Berang FC B 0 Pengkalan Minyak 1
Friday, May 22, 2009
Keputusan perlawanan pada 21/05/2009 dan jadual perlawanan pada 22/05/2009
Keputusan perlawanan pada 21/05/2009 ( Stadium Hang Tuah )
KSMCA 3 MAYBANK 1OM SAKHTI 3 CEMPAKA 1
Jadual perlawanan pada 22/05/2009 ( Stadium Hang Jebat )
SAMBA KS lwn MUHIBAH FC , 7.15mlm
GAJAH BERANG FC B lwn PENGKALAN MINYAK, 9.15mlm
Tuesday, May 19, 2009
Jadual keputusan Liga Bola Sepak Piala KSMCA 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)